Day 5: Venice
Seperti biasa, bangun awal dan bersiap. Around 7.30 pagi kami turun breakfast. Cuaca boleh tahan sejuk dan hari pun nampak macam nak hujan. Ah! Sudah… Nak kena meredah hujan lagi la ni.. warrgghhhhh!!!
Anyway, Venice is a capital of northern Italy’s Veneto region, yang dibina di atas lebih 100 buah pulau di dalam sebuah lagun iaitu Laguna Veneta. Venice terkenal dengan imej romantik dengan gondola ridenya itu.. tapi bila tengok langit yang mendung tu.. separuh jiwa aku hilang. Sah-sah la sat lagi gambar-gambar aku semuanya sendu belaka… haizzz…
Apapun sebelum bas bergerak, kami bergambar sekejap di hadapan Villa Fiorita ni sebab viewnya agak menarik. Villagepeople kan… segenap pelusuk nak bergambar. Hahahaha.
So, around 8.15 pagi tu, kami bergerak menuju ke Tronchetto untuk menaiki bot ke Venice. Sebelum memasuki Tronchetto ni, berhampiran dengan tempat meletak kenderaan, terdapat gerai-gerai menjual cenderahati yang diusahakan kebanyakannya oleh warga Bangladesh. Boleh bertutur dalam bahasa Melayu serba sedikit, seperti biasa. Dan yang paling penting, harga souvenirs, baju, beg dan lain-lain di mainland ni lebih murah berbanding dengan harga di pulau tu. Contohnya, beg sulam dengan imej Venice kat gerai Bangla ni boleh dapat €5 (+RM25.00), kalau di pulau tu beg yang sama dijual dengan harga €7-8. But some of the t-shirt/jumper yang dijual kat pulau tu walaupun sedikit mahal tetapi kualitinya lebih elok. Just kena pandai tengok la. Dan some of the souvernirs tu ada dijual kat pulau je.. kat mainland tu takde. So kena usha siap-siap so that bila dah masuk mainland semula takde lah rasa menyesal sebab tak beli.
So, lebih kurang jam 9.30 pagi, bot kami pun bergerak menuju ke pulau Venice dengan perjalanan hampir setengah jam. Cuaca memang dari awal tiba di Venezia ni memang agak sendu. So, bila sampai di Riva Degli Schiavonu, di hadapan Hotel Gabrielli ni je hujan rintik-rintik dah mula turun.
Itinerary pagi ni adalah guided walking tour of Venice island yang bermula di Piazza San Marco. Di kawasan Hotel Gabrielli ni terdapat deretan kedai yang menjual souvenirs. So, aku dah usha siap-siap mana yang berkenan di hati. Hahaha..
Dari sini kami berjalan menuju ke Piazza San Marco merentasi beberapa buah jambatan. Venice memang terkenal dengan jambatan yang banyak dan seriously aku takde masa nak ingat hala-tujunya. Dengan hujannya, aku just follow je tour guide.
Nak memasuki kawasan San Marco ni, kami terpaksa melalui platform setinggi hampir 1-2 kaki yang didirikan kerana kebanyakan kawasan di sini dinaiki air disebabkan oleh cuaca dan monsun. Dengan manusia yang penuh sesak.. that’s why I said, aku takde masa nak ingat jalan.. so I just ikut je la tour guide tu. Sesekali berhenti untuk mengambil gambar je.
Piazza San Marco atau dalam Englishnya, St. Mark’s Square adalah dataran awam yang utama di Venice ni. Di sini juga terdapat St. Mark’s Basilica, landmark cathedral with gilded domes. Dan di hadapan gereja ni terdapat sebuah menara yang digelar St. Mark’s Campanile yang dibina semula pada tahun 1912. Binaan asal menara ni dibina pada tahun 1156 tetapi telah runtuh pada tahun 1902. So, 10 tahun lepas tu, ia dibina semula dengan design yang sama pada tempat yang sama.
Oleh kerana kawasan piazza telah dinaiki air, maka kami terpaksa melalui laluan di bawah gedung di bahagian kiri piazza yang di dalamnya terdapat kedai-kedai dan salah satu yang paling terkenal ialah Caffè Florian, sebuah coffee house yang tertua, ditubuhkan pada tahun 1720 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Gileeee lama bertahan okay!! Cafe ni sangat eksklusif. Pelayannya semua berpakaian kemas siap dengan coat dan bow-tie bagai.
Berjalan bersesak-sesak meninggalkan Piazza San Marco ni, kami menuju pula ke Servizio Gondole S. Moisè, kononnya nak menaiki gondola. Tapi nan hadooo.. sebab servis gondola diberhentikan seketika kerana paras air naik. Takut gondola tak lepas melalui jambatan nanti. So, kena la tunggu sejam lebih nanti.. tengok if ada rezeki dapatlah naik.
Dari sini, kami berjalan lagi menyusuri Campiello Santa Maria Zobenigo, yang di sini terdapat sebuah gereja Katolik yang sarat dengan ukiran pada facadenya iaitu Santa Maria del Giglio. Facadenya yang berkonsepkan Venetian Baroque adalah antara yang terbaik di seluruh Venice. Yang menariknya di sini ialah pada facadenya terdapat peta bandar-bandar lama seperti Rome, Candia, Zadar dan lain-lain. Dan peta lama ni boleh dikatakan sebagai dokumentasi sejarah. Sebagai contoh, pada peta Rome di gereja ni, di hadapan St. Peter’s Square Vatican City, dalam ukiran peta di gereja ni menunjukkan terdapat bangunan yang direkodkan wujud pada masa dahulu tetapi la ni dah takde. So, kind of reference juga la kan. (Korang faham ke yang apa aku cuba sampaikan? Sebab kekadang aku pun pening dengan explaination aku sendiri.. hahahahaha).
Dari Santa Maria ni, kami berjalan di celah-celah bangunan ke Campo Santo Stefano. Di sini terdapat sebuah statue Niccolò Tommaseo, seorang pakar bahasa, wartawan dan editor Italy yang terkenal. Kemudian, dari sini kami ke Campo Santo Anzolo, then ke Campo Manin. Di Campo Manin ni, terdapat pula statue Daniele Manin, seorang patriot dan lawyer, yang mengetuai revolusi menentang Austrians pada tahun 1848. Di bawahnya terdapat statue seekor singa, simbol bandar Venice ni.
Selepas tu, just few blocks, kami sampai di pinggir Grand Canal untuk melihat laluan utama di Venice ni secara dekat. Cantik pemandangannya. Cuma sayang.. cuaca tak berapa elok. So, aku tak dapat nak capture scenery yang cantik macam poskad tu. Sedih pakcik. Tapi takpelah.. janji dah sampai kan?
Selepas dah tengok Grand Canal ni, kami berjalan menyusuri Merceria Orologio, kemudian masuk ke kiri di laluan Hotel Ai Do Mori. Sepanjang jalan kat sini memang banyak terdapat kedai-kedai baju, beg, barangan kulit, cenderahati dan lain-lain. But one thing yang menarik perhatian aku adalah this one shop, Fabris, yang menjual Vezenian tapestry atau permaidani. Tenunannya sangat halus. Memang aku berkenan dengan artwork camni. Aku beli jenis yang kecil berharga €5 (+RM25.00) satu sebagai cenderahati. Yang besar-besar kita tak mampu nak beli. But, bila dah sampai Malaysia ni, rasa menyesal lak tak beli banyak-banyak. Kalau tak, sure boleh letak dalam frame untuk dijadikan perhiasan dinding. Haizzz…
Opposite kedai ni pun ada banyak kedai menjual souvenirs dan jewelries yang diperbuat daripada kaca Murano. Famous kaca Murano ni kerana di Venice ni terdapat sebuah pulau iaitu Murano yang produce kaca ni. Cantik dan colorful.. cuma aku tak berapa minat sangat.
Apabila jam di tangan hampir menunjukkan pukul 1.00 tengahari, kami pergi semula ke Piazza San Marco melalui platform yang disediakan kerana di kawasan ni air memang tengah bergenang. Plannya nak menaiki gondola. Mana la tau kot ada rezeki air dah surut sikit kan. Alhamdulillah, sekitar jam 2.00 petang, kami menaiki gondola dengan harga €80 (+RM400.00) satu gondola kongsi 4 orang. Kiranya satu kepala €20 lah. Durationnya adalah selama 30 minit.
Bermula dari hadapan Piazza San Marco tu, menyusuri sungai di sebelah Palazzo Ducale, lalu di bawah jambatan Ponte dei Sospiri sehinggalah sampai ke jambatan di Calle Rimedio dan berpatah balik. Sepanjang perjalanan, kami bukan sahaja disajikan dengan pemandangan yang menarik, malah pengemudi gondola kami siap menyanyikan lagu-lagu klasik Italy lagi. Siap dengan bersiul bagai. Memula tu dia nyanyi lagu apa ntah, then aku cakap kat dia aku dedicatekan satu lagu Italy ni kat dia, Tajuknya Gondolier nyanyian French singer favorite aku, Dalida. Then dia pun nyanyi sikit-sikit then sambung lagu Marina Marina dendangan Dalida juga. Hahaha. Layan je la. Setengah jam ride tak terasa sebab suasana sangat relaks, tenang dan romantik. Again.. kalau cuaca elok mesti best punya. Anyway, video gondola ride boleh tengok kat sini.
Habis je ride, kami merayap ke kedai-kedai di hadapan terminal bot ni. Beli serba sedikit souvernirs untuk dibawa pulang. Around 3.00 petang, kami bertolak balik ke mainland. Sementara menunggu bas, kami sempat la usha semula kedai-kedai Bangla tu, kot la ada benda yang berkenan boleh dibeli. Tapi tak beli apapun, Endup menyesal lagi bila dah balik. Hahahaha.
So, bila dah pukul 5.00 petang tu, bas pun bergerak pulang dan seperti biasa sebelum balik hotel, kami singgah di Restoran India semalam untuk dinner. Habis makan, cabut balik hotel dan kemas barang sebab esok kena checkout lagi sebab nak ke Verona dan Milan pula.
Clap..clap..clap…berjaya aku baca sampai abis.
Sobiner aku jgn luperr..
Abam lembab ingat nama org tu sbb tertelan kuprum ke ape?
hahahahahahaha… haippp! aku bukan belacaks. Hahahaa.
Souvenir ko ada ni haa.. itinerary trip! Hahaha
Baru habis baca. Sorry. Bz. Tapi bestlah baca ur travellogue. Rasa mcm nak pergi jugaklah. In sha allah.
Halim.
Salam Halim… thanks sebab sudi baca. Sekadar berkongsi pengalaman. =)
As Salam. Ntah mcm mana blh terjumpa blog u ni, mmg enjoy sgt baca pengalaman u berada dinegara orang. Rezeki mata sy untuk melihat foto tempat2 menarik yg u lawati…tqsm coz sudi share😃
Assalam Faircharmlady,
Thanks for your lovely comment and thanksssss alot sebab sudi singgah di blog saya. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Insyallah ada peluang.. saya buat coretan lagi. 😉😉😉