Sharing is caring

Mount Fuji – on our way from Yamagata to Kyoto.

Day 5: Yamagata City – Kyoto

Hi semua! Kita bersambung dalam Part II cerita pasal trip aku ke Japan ni. Untuk Part I, boleh klik di sini.

Hari ni merupakan hari last kami di Yamagata. Sedihnya nak meninggal bandar ni. Sebab walaupun kecil, aku rasa bandar ni abit special. Mungkin disebabkan pengalaman di Zao Onsen tu yang membuatkan aku suka pada bandar ni. Tambah pula, Firr tak ikut sekali ke Kyoto sebab dia akan terus balik ke Tokyo dan spend sehari dua lagi kat sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Sedih pula nak meninggalkan Yamagata.

So, pagi ni selepas settle mengemas dan breakfast di hotel, kami check-out dan bergerak menuju ke station untuk mengambil train ke Kyoto.

Shinkansen ke Kyoto bergerak tepat jam 9.00 pagi dari Yamagata Station. Dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam 48 minit untuk sampai di Tokyo Station. Di Tokyo Station, kemudian menaiki train lain pada jam 12.03 tengahari ke Kyoto Station.

Bye-bye Yamagata! sob.. sobss..

Sepanjang perjalanan ke Kyoto, pelbagai pemandangan yang cantik dapat disaksikan. The  best part was semasa melalui area Fuji dan dapat melihat Mount Fuji berdiri megah di depan mata. Kiranya, impian untuk melihat Mount Fuji tercapai jugalah.

Mount Fuji berdiri megah di hadapan mata.

Perubahan cuaca juga dapat dilihat sepanjang perjalanan ni. Jika di Yamagata cuacanya kabus dan bersalji, memasuki Tokyo sehingga area Fuji langit yang membiru kelihatan dan memasuki area Kyoto langitnya abit mendung dan cloudy.

Kami sampai di Kyoto Station pada jam 2.47 petang dan terus menuju ke hotel untuk check-in. Ibis Styles Kyoto Station Hotel terletak di hadapan station ni. Sangat dekat. Takde la penat nak mengangkut luggage.

Hello Kyoto! Ini pemandangan di hadapan Kyoto Station.

Selesai urusan check-in dan berehat menghilangkan penat, kami keluar berjalan di sekitar bandar Kyoto ni. Tak pergi jauh pun. Just pergi ke nearest shopping mall iaitu AEON Mall. Just few minutes walk dari hotel.

Memula ingatkan nak cari makanan untuk dinner. But then bila masuk kat sini dan ternampak Gap Factory Outlet, terus cancel niat nak makan. Baju Gap kat sini gile murah! After 50-70% discount setiap helai tu, ada lagi 30% discount untuk total amount. So,basically sehelai baju tu kalau diconvert ke RM kiranya dalam RM40-50 sehelai. Aku spend dalam RM450.. boleh dapat 9 helai baju. For sure kat KL tak dapat price camni kan?

Shopping dan tapau dinner kat sini saja. Malas nak jalan jauh.

Dah habis shopping baju dan kasut, kami singgah di groceries kat mall ni, beli fruits, sushi, snacks and drinks sebelum balik ke bilik. Kalau ikutkan itinerary, first day kat Kyoto ni dah start visit few tempat-tempat tumpuan pelancong, tapi tengok gaya semua cam letih dan cuaca pun macam sendu je, so aku decide pergi esok je lah. Cover mana yang sempat je.

Sampai bilik, makan then terus tido. Erol sempat lagi merayap keluar pusing-pusing area town ni. Aku dah tak larat. Dia lain la… spesis burung hantu. Susah nak tido awal katanya.

Park di Nijo Castle.

Day 6: Kyoto: Arashiyama Bamboo Forest, Nijō Castle & Gion District

Selepas breakfast yang sedap di hotel, kami bergerak menuju ke destinasi yang pertama di Kyoto ni iaitu Arashiyama Bamboo Forest yang terkenal tu. Ini adalah tempat wajib yang dituju oleh pelancong kalau melawat Kyoto.

Untuk menjelajah area Arashiyama ni, korang boleh memilih sama ada hendak berjalan kaki, menyewa rickshaw yang dibawa oleh abang-abang Jepun yang berpakaian traditional ataupun menyewa basikal. I think kalau naik basikal pun best.. tapi kami tak buat pun. Hahaha.

Abang beca sedia berkhidmat.

Arashiyama Bamboo Forest

Hutan buluh ni terletak di Sagano, Kyoto. Perjalanan dari Kyoto Station ke Saga-Arashiyama Station mengambil masa sekitar 20 minit. Kemudian, keluar dari station tu, korang kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke entrance bamboo forest ni.

Sepanjang perjalanan menuju ke bamboo forest ni, korang akan melalui kawasan perumahan. Rumah-rumah di sini kelihatan sangat comel dengan halaman yang kecil. Ada rumah-rumah yang memiliki landskap yang sangat menarik. Pokok bonsai boleh dilihat di mana-mana kerana itulah antara kesenian orang Jepun. Jalanraya dan persekitarannya sangat bersih. Memang susah nak jumpa sampah-sarap walaupun hanya sehelai kertas atau tisu. Memanglah pembersih orang-orang Jepun ni.

Salah satu entrance rumah di area Arashiyama yang menarik perhatian aku. Comel!

Anyway, berbalik pada bamboo forest, memasuki kawasan hutan buluh ini seoleh-olah korang akan memasuki satu dunia lain. Pemandangannya sangat cantik dengan rimbunan pohon-pohon buluh yang tinggi dan menghijau, suasananya sangat redup.

Pepohon buluh yang merimbun.

Di sini, terdapat beberapa shrine yang boleh dilawati antaranya Nonomiya Shrine dan lain-lain. Banyak juga spot-spot yang menarik but tak semua kami pergi. Kawasan ni agak luas. Tak larat nak berjalan. But actually, kalau korang berminat, korang juga boleh menyewa pakaian traditional Jepun atau menaiki rickshaw mengelilingi kawasan ni. Baru lah feeling-feeling Jepun asli camtu. Kami hanya mampu melihat je la. Takdan nak try semua.

Arashiyama Bamboo Forest ~ checked!
Nonomiya Shrine, Arashiyama.

Dalam ni juga terdapat sebuah gerai menjual souvenirs yang kebanyakannya diperbuat daripada buluh. Halus dan menarik seni orang-orang di sini. Aku cuma beli sekeping kad yang diperbuat dari recycle paper yang di atasnya terdapat gambar diolah menggunakan daun-daun buluh. Comel je. Tak mahal pun.. dalam 1000 yen camtu.

Dan tak lupa juga, postcard yang dijual oleh seorang uncle di sini. Semuanya lukisan yang bermotifkan pemandangan di Japan dan bamboo groove ni secara khususnya. Memang aku suka mengumpul postcard setiap kali travel. So, tambah lagi satu koleksi.

Singgah gerai ni untuk alas perut.

Lepas dah berjalan-jalan mengelilingi dan bergambar di bamboo forest ni, on the way balik ke station, kami singgah sekejap di kedai menjual ice-cream dan grilled seafood yang terletak di entrance lorong masuk forest ni. Roasted green tea ice-creamnya memang terbaik. Tak cukup satu kalau makan. And grilled seafoodnya terdapat 3 pilihan iaitu squid, scallop dan octopus. Aku memilih squid. Ya Rabbi.. sedapnya!!! Dah la seekor tu besar, dagingnya kenyal plak tu. Dicelup ngan sos kicap.. memang kena try sotong bakar ni. Pastu bolehlah try juice citrus panas kat situ untuk “mencuci” lemak-lemak yang dimakan tadi. Memang menyegarkan.

Sotong bakar dengan kicap… layan!
Nampak tak muka kelaparan tu? Hahaha
Roasted tea ice-cream ni memang sedap!

Bila perut dah berisi, kami menyusuri deretan kedai-kedai di sepanjang jalan main road ni. Kebanyakkannya terdiri daripada kedai-kedai yang menjual souvernirs dan kraftangan khas buatan Kyoto. Kalau berkenan di hati, bolehlah beli.

Oh, by the way, di sebelah Saga-Arashiyama Station ni juga terdapat sebuah museum. Kalau tak silap, train museum. Kalau berminat, korang boleh singgah kat sini.

Nijō Castle

Dari Arashiyama Bamboo Forest ni, kami bergerak pula menuju ke Nijō Castle. Sengaja aku masukkan castle ni dalam itinerary. At least ada la juga datang melihat binaan traditional mereka.

Istana ini dibina pada tahun 1626 dan merangkumi kawasan seluas 275,000 meter persegi. Di dalam kompleks Nijō Castle ni terdapat beberapa binaan iaitu Ninomaru Palace, Honmaru Palace, beberapa binaan lain dan juga taman-taman. Memang luas gile. Bayaran masuk ke sini ialah 600 yen untuk dewasa.

Main gate to Ninomaru Palace, Nijō Castle.

Mengambil gambar di dalam istana adalah dilarang. CCTV merata-rata kat dalam ni. Kalau korang berminat nak melihat senibina traditional masyarakat Jepun, this one is recommended. Banyak lukisan/mural di sini yang dilukis semula kerana lukisan/mural yang asal dipamerkan di 400th Anniversary Gallery, berhampiran dengan istana ni.

The Ninomaru Palace.
Kompleks Nijo Castle yang dikelilingi dengan binaan parit air.

Habis menjelajah segenap pelosok istana ni dan bergambar di tamannya, sebelum pulang, kami singgah membeli souvernirs di kedai cenderahati on the way keluar. Seperti biasa, postcards, fridge magnet, plate dan bookmarks menjadi pilihan aku.

Next destination, Gion district dengan misi mencari geisha!

Gion District

Mencari Gion district ni agak memeningkan! Puas aku Google, baca blog semua.. very confusing. Entahlah.. maybe sebab dah penat berjalan atau sel-sel otak tak berapa nak bergabung. Serious aku confuse.

Somewhere in Gion…

But lepas baca few post kat internet especially this post, akhirnya aku berjaya jumpa Gion district ni. Dari Higashiyama Station, kami menyusuri anak sungai sehingga sampai di sebuah jambatan di Kacho-michi. Dan dari situ, kami berjalan terus memasuki Higashi Oji Dori sehingga sampai di persimpangan traffic light antara Chion-in-michi dan Shinbashi Dori. Kalau korang naik ke Chion-in-michi tu maybe korang akan memasuki komplek shrine or temple. I’m not so sure. So, aku belok ke Shinbashi Dori tu dan berjalan terus sehingga sampai ke Shirakawa Minami Dori.

Akhirnya sampai juga di Shirakawa Minami Dori!

Pemandangan di kawasan ni agak unik dan menarik, menampakkan ciri-ciri binaan tradisional Jepun. Comel-comel je facade kedai-kedai kat sini. Dan sesekali akan ternampak kelibat gadis-gadis berpakaian traditional Jepun melalui kawasan ni.

Dan semasa berjalan di sini pun, kami ternampak sepasang pengantin (agaknyalah) sedang membuat sesi fotografi.

You can find traditional Japanese architecture right here!
Dua kuntum bunga sakura yang sedang mekar.
Kita tumpang sekaki curi-curi ambil gambar dia.

Cuma sekali je aku ternampak kelibat seorang wanita yang lengkap berpakaian traditional dengan rambut yang tersisip rapi berjalan dengan seorang lelaki. Tapi mukanya takde lah putih melepak cam tepung gomak tu. And tak sure la sama ada dia tu geisha atau tak. Aku just curi-curi je ambil gambar.

Itukah geishanya???

Selepas puas bergambar dan menyaksikan pemandangan di sekitar street ni, kami berjalan terus sehingga sampai ke persisiran Kamo River. Berhampiran dengan Gion-Shijo Station ni terdapat sebuah statue Izumo no Okuni (出雲の阿国). Dilahirkan pada 1572, Izumo no Okuni adalah pengasas kabuki theatre. She was miko at the Grand Shrine of Izumo (as believed) who began performing this new style of dancing, singing and acting at the dry riverbeds of Kyoto.

Statue Izumo, pengasa teater Kabuki.

Dan di kawasan ni, keadaan agak sibuk dengan warga Gion dan para pelancong. Kiranya di sini kawasannya lebih komersil dengan pelbagai pusat membeli-belah. Kelibat gadis-gadis comel berpakaian kimono pun bersepah-sepah. Ada di antara mereka adalah dari kalangan para pelancong. Since susah nak berjumpa dengan geisha, bergambar dengan derang ni pun jadilah kan? Hahahahaha. Sedih!!!

The other side tu adalah kawasan komersil Gion.
Random photo session with strangers… hehe.

By the way, pemandangan di pinggir Kamo River ni mengingatkan aku pada Florence. Celah mana yang sama aku pun tatau but bila berdiri je kat sini.. kepala terus terflashback scene kat Florence dulu. Hahaha.

Entah celah mana aku rasa macam iras-iras Florence. Hahaha..
Mengimbau memori silam…

Since dah memasuki kawasan komersil ni, maka kami pun berpecah. Mana la tahu ada yang nak pergi shopping kan. Ada Takashimaya kat sini. Kat KL mana ada. Kalau ada pun kat Singapore. Setakat yang aku tahu la. Tapi aku tak masuk pun. Just pusing-pusing kat area one of the mall kat situ, then singgah coffeeshop, pekena cafe latte.

Erol and the aunties at the back.

Around 8.00 pm, kami bergerak pulang ke hotel sebab cadangnya nak singgah ke AEON Mall sebelum balik ke Tokyo keesokkan harinya. Takut tak sempat. Lagipun Erol nak tukar sehelai baju Gap yang dia beli sebab saiznya abit kecil.

So, once dah sampai Kyoto Station, kami terus menuju ke sana, beli apa yang patut untuk dinner sebelum aktiviti seterusnya iaitu balik bilik dan mengemas luggage.

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar lusa dan nak balik KL dan kembali stress!!! Waaarghhhh!

Day 7: Kyoto – Odawara – Tokyo

Hari ni adalah last day di Kyoto. Dan itinerary pada hari ni adalah singgah di Odawara terlebih dahulu sebelum pulang ke Tokyo.

Lake Ashi Cruise di Odawara yang kami bayangkan. Image by pen_ash from Pixabay

Breakfast hari ni awal sedikit but lepas tu, baik semula bilik sambung rehat. Takde nak rush sangat sebab plannya nak bertolak ke Odawara dari Kyoto Station pada jam 10.30 pagi.

Perjalanan dari Kyoto Station ke Odawara Station mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Odawara, aku singgah ke Hakone Pass Office terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pass ni.

Hakone Freepass

Hakone Freepass ni ialah transportation pass yang boleh digunakan untuk melawat sekitar Hakone, salah satu kawasan tumpuan pelancong di Japan yang berhampiran dengan Mount Fuji. Pass ini merangkumi train, tram, bas, cruise dan juga cable-car.

Memula aku fikir kena beli pass yang berharga 4000 yen (lebih kurang RM150) yang valid untuk 2 hari tu. Tapi rugilah sebabnya kami ada masa few hours je sebelum balik Tokyo. Mana dan nak cover semua tempat bagai. So, masa aku dok tanya kat kaunter ni, melihatkan masa yang ada serta keadaan cuaca yang hujan dan berkabus, maka staff tersebut cadangkan aku beli limited pass sahaja yang berharga 1750 yen (+RM65) yang cover perkhidmatan bas dan juga train. Dengan pass ni basically kami ada 2 option iaitu:

Odawara Station – Hakonemachii – Odawara Station
Untuk Lake Ashi Sightseeing Cruise

Odawara Station – Gotemba – Odawara Station
Untuk ke Gotemba Premium Outlets

So, majoriti memilih untuk naik sightseeing cruise, maka kami pun membeli pass bagi tujuan ni. Bila once dah confirm waktu untuk Hakone tour ni, aku terus pergi book dan reserve seat Shinkansen dari Odawara balik ke Tokyo.

Luggage Locker @ Odawara Station

Memandangkan kami dari Kyoto dengan membawa luggage bagai, so kalau nak berjalan dengan bawa beg besar ni memang leceh. Salah satu keistimewaan di train station di Japan ni ialah perkhidmatan menyimpan luggage. Di sini banyak disediakan locker untuk luggage dari saiz kecil, sederhana dan besar. Harganya bermula dari 300 yen untuk yang kecil sehingga 500/600 yen untuk luggage bersaiz besar. Tempoh penyimpanan ialah selama sehari.

Walau bagaimanapun, masa kami nak simpan luggage yang besar kat Odawara Station ni, kebanyakan slot untuk yang besar dah occupied. So, luckily, di info kaunter mall di dalam station ni ada juga disediakan khidmat menyimpan bag. Harganya sama je iaitu 500 yen satu beg besar, but hanya sampai jam 8.00 malam sahaja sebab by that time kaunter tu dah tutup. So, okaylah tu. Kami plan by 7.00 pm dah sampai semula kat mall tu untuk ambil beg sebelum bergerak balik ke Tokyo.

Lake Ashi

Dengan menggunakan Hakone Pass, kami mengambil Hakone-Tozan bas di Platform 3 Odawara Station pada jam 2.15 petang menuju ke Hakonemachii. Di Hakonemachii ni terdapat terminal cruise untuk Lake Ashi sightseeing.

Pemandangan di sekitar Hakonemachii.

Kami sampai di Hakonemachii sekitar beberapa minit sebelum jam 3.30 petang. Just nice sebabnya jika kami terlepas this 3.30 pm cruise, memang takdan nak naiklah sebab there won’t be return cruise selepas masa ni. Lucky huh? Tapi takde lah nak lucky sangat sebab cuacanya hujan renyai bagai dan berkabus tebal. So, harapan untuk melihat Mount Fuji dari sini memang takkan kesampaian. By the way, harga untuk sightseeing cruise di sini adalah 1840 yen (+RM79.00) seorang.

Tongkang kami.

But it was a nice experience anyway. Just lepak atas cruise melihat pemandangan yang berkabus. Hahaha. Cuacanya punyalah sejuk dengan angin dan hujan bagai. Tapi aku tetap melepak kat open deck walaupun kesejukan. Sesekali masuk ke dalam bila rasa dah nak mati membeku. Terserempak pula dengan few Malaysians dari Bandar Baru Bangi. Borak sekejap je la kan.

First-class deck.
Our deck.

Anyway, Lake Ashi adalah tasik yang terhasil disebabkan letusan gunung berapi di sini. Sama seperti Danau Toba di Indonesia. Kalau cuacanya baik, actually kita boleh nampak Mount Fuji dari sini dan pemandangan dari sini memang indah sekali. Sayangnya, masa pergi ni cuaca tak menyebelahi kami. Insyallah, one day masa spring mungkin boleh datang lagi ke sini.

Kabus.. kelam… celah mana Mount Fuji???
Cuaca sendu… layankan aje lah.

Perjalanan cruise di tasik ni mengambil masa lebih kurang 1 jam pergi balik dengan singgah di 2 perhentian iaitu di Hakone Shrine dan Hakone Ropeway kemudian kembali ke Hakonemachii. Kami tak turun pun sebab kalau turun memang takdan la nak balik semula ke Hakonemachii.

Kalau tak berkabus ni.. mesti aku extra gumbira!
Hopefully kalau ada rezeki datang lagi… harap-harap view clear.

Selesai menaiki cruise, sebelum menunggu bas untuk pulang ke Odawara, kami singgah di kedai souvenirs. Aku borang green tea kat sini sebagai cenderahati untuk kawan-kawan terdekat sebab katanya green tea ni asal dari Mount Fuji.

Turun di Hakonemachii semula, pusing-pusing cari souvenirs.

So, bila dah sampai bas, aku pun dengan selamba naik je. Walhal bas ni tidak pergi direct ke Odawara Station. Pakcik confident je kan. Hahaha. But, public transportation Japan, pusing-pusing kat situ gak kan. So, kami turun at this one station dan tanya one of the Japanese guy yang tunggu kat situ whether bus stop yang kami tunggu ni adalah menuju ke Odawara. And that guy reply dengan hand gesture suruh kami tunggu di sini, jangan pergi ke mana-mana sambil mengangguk. Nak reply dalam bahasa Inggeris mungkin dia tak tahu. So, itulah orang Jepun… sangat membantu.

Bila bas dah sampai, kami pun naik (sekali ngan mamat tu), then bila sampai di Odawara Station sekitar jam 7.30 malam, kami terus mengambil beg di locker dan kaunter. Sementara menunggu shinkansen kami pada jam 8.37 malam, kami dinner siap-siap di Odawara Station ni. Whatelse.. beli sushi lah. Satu set berharga sekitar 680 yen (RM25.50). Macam-macam jenis seafood ada dan cukup mengenyangkan.

Our dinner.

Then, semasa nak ke tandas, ternampak pula dengan this one stall menjual ice-cream susu. Cremia namanya. Sedap hawau!!! But harga satu kon tu 550 yen (lebih kurang RM20.00). Mahal hawau! Memula beli satu je kongsi ngan Erol. But sedap punya pasal beli lagi 2 kon. Memang tak lah aku nak kongsi ngan dia lagi kan. Hahaha.

Sedap naaa??? Terpaksa beli lagi.

So, tepat jam 8.37 malam, kami menaiki shinkansen meninggalkan Odawara dengan perasaan terkilan sebab cuaca yang sendu. Apa maknanya tu??? Kena datang lagi la kan? Huhuhu…

Dari Tokyo Station, kami mengambil train ke Anamoriinari Station untuk ke Mystays Hotel Haneda. Dekat je hotel ni dengan station dan juga airport.

Masuk je bilik, mandi siap-siap, terus blackout. Erol seperti biasa sempat menjelajah hotel ni. Message aku ada massage chair bagai la walhal time tu aku dah belayar jauh ke bulan.. Zzzzzz.. By the way, bilik di Mystays ni adalah yang tercantik sepanjang trip kami di Japan ni. Agak luas dan selesa. But toilet most of hotel di Japan cam biasa lah.. sekangkang kera. Tapi kecil-kecil pun.. toiletnya bersih, selesa dan canggih! Semua toilet bowl dilengkapi dengan bidet dan heated seat. Tekan-tekan je button kalau nak beristinjak tu. Rasa nak bawak balik je toilet bowl dia. Hahaha.

Nampak kecil tapi selesa.
Toilet sekangkang kera pun canggih!

Day 8: Tokyo: Asakusa & Akihabara – Kuala Lumpur

Last day in Japan!!! Waaaarghhhhh.. aku dah macam nak start meroyan memikirkan lambakan kerja yang sedang menunggu. Stress!!!

Bangun awal seperti biasa dengan luggage dah siap dikemas. Tak sempat breakfast pun. Lagipun kat hotel ni tak sekali dengan breakfast. Kami check-out awal sebab plan hari last ni nak ke Asakusa dan Akihabara. Asakusa tu aku nak shopping souvenirs dan Akihabara tu nak mencari few items yang dipesan oleh member-member aku.

Lepas check-out kami tinggalkan luggage kat hotel. Free je perkhidmatannya. Then, terus bergerak menaiki train menuju ke Asakusa Station.

Asakusa berlatarbelakangkan Tokyo Skytree

Asakusa

Kami sampai di Asakusa agak awal. Banyak kedai-kedai yang belum dibuka. So, since kami berpecah, aku dan Erol singgah di Burger King dahulu pekena fish burger as our breakfast. Selesai makan, kami bergerak menyusuri jalan-jalan kat sini. Memula terfikir.. apa je yang ada.. tak jumpa pun kedai-kedai yang best. But then.. bila ternampak Nakamise Shopping Street, hati terus berbunga-bunga.

Asakusa ~ masih awal. Kedai-kedai pun macam lengang lagi.

Nakamise Shopping Street ni terletak di hadapan Sensō-ji Temple dan Asakusa Shrine. Di sini terdapat puluhan kedai yang menjual pelbagai jenis cenderahati dan snacks yang boleh dibeli oleh pelancong untuk dibawa pulang. Memang heaven lah! Cari je la jenis souvenirs yang macam mana korang nak? Fridge magnet? T-shirt? Kimono? Baju ninja? Green tea? Semuanya ada. Tinggal pilih dan sediakan wangnya sahaja. Aku memang rambang mata kat sini. Kalau boleh semua benda nak dibeli. But memikirkan mana nak disumbat kat dalam luggage tu, makanya terpaksalah memuhasabahkan diri.

Nakamise Shopping Street = HEAVEN!!!!

In fact, rasanya kalau korang nak beli souvenirs, better beli di sini saja sebab lebih murah kalau dibandingkan dengan tempat lain. Plus macam-macam pilihan ada.

My favorite souvenirs kalau pi travel ~ postcards!

Manusia kat sini punyalah ramai.. Ya Rabbi! Kalau nak jumpa Malaysian yang ramai.. kat sini la tempatnya. Masa aku tengah membeli, terdengar ayat “hok ni lah.. tepong berah.. tepong berah”.. rupanya ada oghe Kelate dok tunjuk-tunjuk kat puak dia snack yang diperbuat dari tepung beras. Kelahhh abe weeeyyyyy!!! Hahaha.

So, dah puas bershopping di sini, di hadapan street ni terdapat sebuah temple yang famous iaitu Sensō-ji Temple.

Heaven shopping kat sini.
Berlatarbelakangkan Sensojhi Temple.

Sensō-ji Temple ialah ancient Buddhist temple yang terletak di Asakuka. Founded in 628, ia merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Whatelse nak dibuat kat temple ni, ambil gambar je la kan dan memerhatikan gelagat manusia. Takkan la ko nak buat solat dhuha kat sini pulak kan?

Sensoji Temple di Asakusa.
Besarnya selipar!

Sebelum beredar dari Asakusa ni, kami singgah lunch di Sekai Cafe. Memula ingat nak singgah di Turkish restaurant yang kami nampak masa mula-mula sampai kat sini. Tapi bila tengah merayap-rayap area ni, ternampak pula cafe ni. Teringatkan yang cafe ni termasuk dalam list halal yang aku print out sebelum bertolak hari tu, so aku ajaklah the gang lunch di sini.

Sekai Cafe, Asakusa.
Inside cafe.

Banyak info halal food untuk Muslim disediakan di cafe ni. Dalam erti kata lain, very Muslim-friendly cafe. Makanan yang disediakan di sini adalah menggunakan bahan yang di-certified halal. So, boleh makan tanpa was-was.

Menu ala Malaysia juga turut disediakan seperti Mee Goreng Ayam dan lain-lain.

Mee goreng katanya. Boleh laa…

Bagi pengunjung yang nak solat pula, walaupun surau tak disediakan, mereka akan sediakan space untuk kita di tingkat atas. Staffnya pula? Sangat baik dan peramah. Yang sorang tu boleh tahan comel gak. Hahaha.

Akihabara

Selepas membeli-belah di Asakusa, kami terus menuju ke Akihabara. Akihabara terkenal sebab pusat komersil yang menjual barangan elektronik, video games, anime, manga, computers dan macam-macam lagi. Kalau jenis yang gile anime or electronics, di sinilah syurga korang.

Pusat anime, games, elektronik.. bla bla bla.. yang terkenal di Jepun.

Aku singgah di Akihabara ni sebab member aku minta tolong belikan collectible Starwars dan earphone. Katanya murah kat sini. So, kat sini kami split lagi so that masing-masing ada choice untuk pergi ke mana-mana tempat shopping yang isukai. Kesian lak kalau hakak-hakak tu terpaksa ikut aku semata-mata nak cari Starwars.

Memula tu puas juga turun naik kedai menjual barangan anime checkkan Starwars ni. Tapi takde. But this one guy masa aku tanya dia suggest pergi ke Yodobashi yang terletak berhampiran dengan Akihabara Station tu. Maka, pergilah aku ke sana.

Akiba ~ checked!

Sepanjang jalan kat sini.. ya ampun.. penuh dengan umat manusia. Dengan gadis-gadis yang berpakaian anime membuat promotion product mereka.. meriah!

Pusing kiri pusing kanan.. anime.. manga.. anime.. manga..
Antara watak anime Jepun yang famous.

Sampai di Yodobashi, aku cam kagum gile sebab satu building ni penuh dengan pelbagai jenis produk. Jenis barangan kat sini dijual mengikut level; dari barangan elektrik, elektronik, permainan sehinggalah kasut/pakaian dan kosmetik. Pendek kata, dalam satu building ni semua ada.

Barai kaki kalau lama-lama dalam ni!

Usha punya usha, Alhamdulillah jumpa gak yang member aku pesan tu. Cumanya ada satu figure tu dah out of stock. So, selesai membuat pembayaran, aku kembali ke tempat yang janji untuk berjumpa semula selepas masing-masing selesai shopping.

Sampai di tempat yang dijanjikan, Kak Mid and the geng cakap nothing much yang derang jumpa. Maybe sebab derang pergi the other side. So, aku bagitaulah Yodobashi tu macam-macam benda ada and they all seems interested. Jadinya, aku tunjukkan semula jalan ke sana dan sementara menunggu derang shopping, aku, Erol dan Kak Ju duduk minum dan rehat di cafe.

Berbual dengan robot… canggih nau orang Jepun ni.

Ingatkan nak singgah di Gundam Cafe berdekatan tapi penuh la plak. Malas aku nak menunggu. So, lepak je la kat cafe tu.

Bila jumpa balik, they said sepatutnya pergi situ je. Banyak gile pilihan tapi tak cukup masa nak shopping dek kerana nak berkejar balik ke hotel plak. Hahaha.. Takpelah.. dah tahu ni, boleh la datang lagi kan.

Bila dah settle semua, kami terus bergerak pulang ke hotel untuk mengambil luggage.

Last night in Tokyo… sedih!

Plan nak ke Euno Park, Odaiba, Japan Imperial Palace terpaksa cancel. Next time je la kan. Kata nak datang lagi.. hehe.

So, bila dah sampai hotel, kami minta tolong pihak hotel callkan cab untuk ke airport. But, mereka tried few times dan tak dapat, so the guy yang tolong callkan tu keluar ke jalan untuk dapatkan cab. Punyalah baik hati. Bila masing-masing dah settle masukkan luggage, boleh aku terus masuk dalam cab. Tak perasan langsung dia berdiri kat tepi. Sekali dia buka pintu dan tanya aku if everything is okay? Ya ampunnnn… malu kejap. Lupa gila nak ucapkan terima kasih!!! Tu la terbawak perangai villagepeople kan.. Cecepat aku cakap thanks kat dia sebab tolong dapatkan cab dan angkat luggage. Nak bagi tips pun lupa.. Haizzz… sorry la bro. Serious terlupa! Malu kat diri sendiri sat.

Anyway, dari hotel ke airport dekat je. Less than 5 minutes. So, bila sampai terus cari port supaya the geng boleh memunggah luggage untuk mengemas. Aku punya memang dah kemas siap-siap. Dan, sementara menunggu kaunter Air Asia buka dan urusan check-in, kami merayaplah di dalam ni. Saki-baki yen tu, beli la itu ini sikit. Ina sempat lagi beli mini cooker untuk travel. Kaki shopping sungguh derang ni.

Akak-akak tengah memunggah bagasi. Jangan dikacau.

So, bila dah selesai urusan check-in dan menunggu waktu boarding, aku dan Erol had our dinner kat kedai makan di sini. Try set sushi. Sedap walaupun pricey.. Hahaha.

Dinner sushi lagi. Mahal hawau!

Sampai masa boarding, kami pun masuklah. Actually 2 seat sebelah aku kosong. Ingatkan nak ajak dia duduk sekali. Dah dia bantai tido memang takde la nak datang duduk. End up ada one guy duduk kat aisle tu. Tapi bagus la gak sebab luas sikit aku nak tido. First time aku tertido dalam flight. Tatau la if aku berdengkur ke tak sebab penat punya pasal. Nak makan nasi lemak pun dah habis. Dapat nasi goreng yang ala-ala sendu tu je. Takpe la.. janji boleh makan.

Bye-bye Tokyo. See you again!

Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA2 sekitar jam 7.00 pagi pada hari Ahad, 31 January 2016.

Dengan itu, maka berakhirlah episod perjalanan kami selama 8 hari 7 malam di bumi Japan. Macam-macam pengalaman baru yang aku dapat semasa trip ke negara matahari terbit ni.

Dan, tahniah pada diri sendiri gak sebab berjaya menguruskan trip bersama group yang baru iaitu Kak Mid and the geng; Kak Faizah, Ina dan Kak Ju. First time, trip aku disertai oleh individu luar dari circle member-member rapat aku. Terima kasih sebab percaya pada diri ni untuk menguruskan dan membawa berjalan di sekitar Japan walaupun takde pengalaman langsung. Dan minta maaf atas segala kekurangan, tersilap jalan, terhutang here and there… kira halal dunia akhirat ya? Hehehe.

And thanks to Erol, Firr and Adit juga for the experience and memory. Sayang korang ketat-ketat! Insyallah jika diizinkan Allah kita boleh repeat lagi di masa akan datang. Indeed it was one of the best trip and experience in my life especially di Zao Onsen tu.

Untuk korang… thanks sebab sudi membaca tulisan aku yang merapu ni. Harap-harap some info yang aku share kat sini berguna untuk korang di masa akan datang. Selebelum tamat, aku sharekan lagi sedikit tips kat bawah ni ya.

Oh! By the way, untuk detail intinerary dan bajet secara kasar, korang boleh refer pada Part III ni ya.

Tips:
Walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi matahari terbit ni, aku rasa bolehlah aku kongsi few tips berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sepanjang berada di sini. Antaranya ialah:

  • Once korang dah masuk dalam train or shinkansen ni, jagalah tatatertib. Orang Jepun ni sangat berdisiplin. Nak naik public transportation beratur, dalam train senyap, tak bercakap dengan mobile phone dalam coach.. dan segala macam kelakuan yang civilised people will do. So, kalau kita ni berperangai villagepeople, silalah buang jauh-jauh ya. Buat malu je! Hehe.
  • Waktu sunrise dan sunset di Japan adalah awal. Aku perasan around 5.30 petang camtu dah nak gelap. So, plan la itinerary korang bebetul. Kot nanti spoil plak plan nak buat photography ke apa.
  • If korang bawa minicooker ke apa untuk memasak, voltage di Japan adalah 100 volt. Kat Malaysia voltage kita adalah tinggi ~ 240 volt. So, if peralatan korang boleh adjust voltagenya should be okay. Otherwise, it might not work properly. Sebab one of our group member try masak nasi.. sudahnya nasi tak masak-masak sebab low voltage.
  • Kalau berhajat nak menggunakan luggage locker di mana-mana station, sediakanlah coin 100 yen secukupnya. Sewa untuk satu luggage kecil ke besar adalah pada kadar 300 ke 500/600 yen sehari.
  • Untuk quick snack yang mengenyangkan, grab je onigiri (nasi berbentuk segitiga) yang banyak dijual di kedai serbaneka. Makan tu pun dah cukup kenyang, mudah dan mejimatkan.
  • Luggage compartment kat dalam shinkansen tak banyak. Between coaches cuma boleh masuk few je. Nak sumbat compartment belah atas seat boleh la kot… tapi kalau luggage korang berat nak mati.. sendiri mau ingatlah. Tapi macam aku punya big luggage hari tu yang beratnya hampir mencecah 30kg.. okay je nak letak.
  • Bila naik escalator dengan luggage korang, make sure stay on your left side (or right side di sesetengah tempat). Jangan biarkan luggage korang menghalang laluan belah kanan (atau kiri). Umum sedia maklum, masyarakat Jepun ni pantas bergerak dan pentingkan masa. So, jangan buat perangai kampung korang berborak huha huha sampai menghalang laluan ya.
  • Orang Jepun ni very well-mannered. So, tak salah kalau setiap kali selesai berurusan dengan mereka, kita ucapkan “arigato” sambil membongkokkan sedikit badan. Sekadar menghormati budaya mereka and it is a good practise for us anyway. Kan?
  • Not really a tip tho… But try observe cara mereka, dari segi interaksi, komunikasi atau apa saja. You’ll notice that the Japanese people ada banyak kualiti yang bagus yang tiada pada masyarakat kita. Bak kata orang, mana yang baik tu kita ikut.. yang tak elok tu buang jauh-jauh.

Itu sajalah. So, Japan… tunggu kedatangan kami lagi.. INSYALLAH!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.