Iran Winter 2017: Introduction, Budget & Itinerary

Well.. well… well… di mana harus aku bermula? Macam banyakkkkkkk sangat aku nak cerita berkenaan dengan trip aku ke Iran tempoh hari. Okay mari kita mulakan dengan soalan pertama.Kenapa Iran? First of all, aku memang tak pernah terlintas nak melancong ke negara ni, apatah lagi untuk winter vacation aku. Memula plan nak ke Seoul secara berjemaah, tetapi disebabkan ada yang tak jadi dan ada plan lain, maka aku decide untuk mencari destinasi lain. Lagipun asyik South Korea je kan… tukar angin lah sikit. Nak repeat Yamagata, Japan agak sendu memandangkan JR Passnya yang mahal itu. So, kenalah cari tempat lain. Macam terfikir nak ke Taiwan, Mauritius atau Maldives. Tapi jiwa memberontak nak salji! Aku pun tak ingat macam mana aku boleh terjumpa Dizin ni. Rasanya masa aku dok usha #winter kat Instagram tu kot.

So, once aku terjumpa tu, aku terus Google pasal Dizin dan Iran. Tak sangka di Iran ni terdapat pergunungan yang dilitupi salji dan mempunyai ski resort. Kalau tanya kebanyakan orang, mesti derang dok ingat Iran ni negara berdekatan padang pasir dan panas terik which is totally wrong!

Bandaraya Tehran berlatar belakangkan banjaran gunung Alborz yang dilitupi salji.

Bila dah dapat banyak info mengenai Iran ni, so aku pun startlah plan for my winter vacation awal tahun 2017 ni. Mulanya rancangan nak pergi seperti selalunya iaitu penghujung Januari, tapi takdan sebab ada job yang aku kena settlekan. Terpaksalah tunda ke pertengahan Februari. Bila semuanya dah dirancang, aku tanya Eric dia nak join sekali ke tak sebab biasanya dia akan follow aku, lagilah winter trip ni. Cuma last year ke Japan je dia tak ikut. Dan Eric pun berminat nak ikut sekali. Makanya aku prepare apa yang patut untuk booking hotel, transportation dan bajet semua.

Berbalik kepada pertanyaan di atas tadi.. kenapa Iran??? Pertama, ia sebuah negara Islam (abaikan mazhab mereka itu), so in term of food.. sudah tentu senang untuk mendapatkan makanan halal. Selain tu, aku curious nak tahu keadaan di sana. Selalu kita disajikan dengan berita-berita negatif dan propaganda media Barat, Iran begitu dan begini… so rasanya lebih baik kalau kita datang sendiri dan melihat keadaan di sini.

Winter in Hotel Gajereh, Dizin, Tehran.

Selain tu, Iran kaya dengan sejarah dan bagi aku ia sangat menarik. Bermula dari zaman Cyrus, pengasas Persian Empire, tamadun hebat semasa pemerintahan Darius The Great, zaman sekular semasa pemerintahan Shah Iran sehinggalah Revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatollah Khomeini… Iran mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai.

Part of Persepolis semasa pemerintahan Darius The Great, kini di National Museum of Iran.

Selain tu, AirAsia dah ada route ke Tehran. Dan Firr sendiri telah sampai ke sini. Katanya Tehran agak menarik dengan cuaca yang baik dan architecture yang menarik. Maka dengan ini, confirmlah aku untuk bercuti musim sejuk di bumi Tehran ni.

(Note: Air Asia telah menamatkan flight ke Iran pada 20 April 2018. Hopefully route ini akan disambung kembali in future.)

Okay, enough mukaddimah yang panjang. Sebelum aku ceritakan itinerary secara detail, aku ringkaskan beberapa perkara yang perlu kita ketahui kalau hendak ke Iran ni.

Iran bukan ARAB!

Yes.. they are not Arabs. They are Persian or Aryan people. Dan mereka tidak sama sekali bertutur dalam bahasa Arab. Bahasa mereka adalah bahasa Parsi. Tetapi dalam masyarakat Iran, mereka terdiri daripada pelbagai suku kaum; selain bangsa Parsi, mereka ada yang berketurunan Turki (Turkmen), Kurdish dan lain-lain. Malah ada di beberapa daerah mereka bertutur dalam bahasa Arab, Turki ataupun Kurdish.

Visa

Bagi rakyat Malaysia, memasuki Iran tidak memerlukan visa dengan maximum stay selama 15 hari. Bagi wanita, kena follow dresscode. And to those yang passportnya ada cop negara Israel, akan dihalang memasuki Iran. Dan lagi satu, kalau korang dah memasuki Iran, kemungkinan besar korang akan menghadapi masalah kalau nak apply visa dan memasuki United States.

Matawang Iran
Iranian Rial adalah matawang rasmi Iran dan tidak dijual di luar Iran. So, kalau nak datang ke sini, silalah tukar matawang anda ke USD dahulu dan kemudian tukar terus di airport, di hotel ataupun di money changer yang banyak terdapat di Ferdowsi Road. Tetapi di airport kami hanya boleh menukar USD100 sahaja seorang. Tak boleh lebih. Hotel dan taxi booking di sini terima juga USD. Matawang official Iran adalah Rial tetapi mostly di Iran, rakyat mereka masih menggunakan matawang Toman. Jangan confuse… bentuk wangnya masih sama cuma nilainya yang sedikit berbeza. Toman is actually 1/10 daripada nilai Rial. Say for instance, peniaga tu cakap pasu ni berharga 65,000 toman… maka nilai yang korang kena bayar adalah sebanyak 650,000 rial.

Matawang Rial Iran. Contoh: Atas tu 500,000 rial. Kalau dalam toman dia jadi 50,000 toman.

Dress code
Bagi golongan wanita, wanita asli atau wanita mekar tak jadi… pendek kata selagi dalam IC tu tulis female, mempunyai 2 bungkus nasi lemak dan dorayaki… makanya golongan ini wajib mengenakan pakaian sopan dengan menutupi rambut. Paling koman pun kena ada selendang cover rambut tu. Nak berjambul sikit lepas tu pun takpelah. Janji tutup. Dan baju atau dressnya pula kenalah berlengan panjang, labuh sedikit dan cover bahagian punggung. Nak pakai seluar panjang atau jeans takpe.. asalkan bajunya labuh sedikit. Kalau tak ikut dresscode ni, silap haribulan depa tak bagi masuk masa kat imigresen. Bagi yang lelaki takde masalah cuma tak boleh pakai seluar pendek sahaja. Pendek kata, tak kira lelaki atau perempuan, penampilannya mestilah sopan.

ATM/Credit Card
Penggunaan credit card agak susah di sini. Sebabnya Visa/Mastercard adalah American company. So, there’s no way these US companies beroperasi di bumi Iran ni. So kena sediakan wang tunai secukupnya.

Internet access
Kemudahan wifi disediakan di kebanyakan hotel. Tapi di hotel kami ni especially di Dizin, wifinya cam harammmmm.. Ada time dia laju. Ada time azab nak connect. Akses untuk social media seperti Facebook dan Twitter juga disekat. Instagram okay lagi. But, korang still boleh access those social media dengan menggunakan VPN. Camne nak guna? In my case, aku download app iaitu TouchVPN di Play Store. Connect wifi > launch TouchVPN > let it initializing.. > click connect > once there’s a key icon on top of your screen, meaning your VPN is already connected and you’re free to access Facebook or Twitter.

Simcard
Local simcard boleh dibeli di airport. Tetapi kalau korang sampai Tehran dah lewat malam, booth di situ dah tutup. Dia bukan 24 hours macam kat KL. So, kalau takdan beli, bolehlah membeli di kedai-kedai phone di sekitar Tehran. Tapi, masa kami try beli beberapa hari selepas berada di Tehran, macam agak susah sebab tak semua kedai ada jual simcard ni. Jadi dalam kes aku, aku just roaming je guna package Celcom RM38.00 per day dengan menggunakan partner mereka iaitu IranCell. Tapi kuota mereka just 50Mb sehari which is pada aku sangat tidak mencukupi. Lepas habis 50Mb tu, line akan menjadi slow. Roaming pun macam siput juga especially di Dizin (sebab atas gunung kan). So, kalau line ko slow tu… bertabah je la ye.

Etika sosial
Di sini pergaulan antara lelaki dengan perempuan adalah dibataskan. So, kalau korang datang ke sini dalam mixed group.. janganlah nak mesra sangat bertepuk tampar berpeluk bagai walaupun ko tengok kat sini ada couple selamba je pegang tangan. Just hormat pada undang-undang dan budaya mereka.

Masyarakat Iran di hadapan Grand Bazaar.

So, begitulah sedikit tips yang aku boleh kongsikan kalau nak ke Iran ni. Harap membantu.

Itinerary
Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:

12 – 16 Februari 2017 (4 malam)
Dizin: Ski, free & easy

16 – 20 Februari 2017 (3 malam)
Tehran: City tour – Golestan Palace, Tehran Grand Bazaar, National Museum of Iran, Shahr Park, Valiasr Street, Azadi Tower, Milad Tower, Mellat Park, Imamzadeh Saleh Mosque, Darband & Vanak Village

Sebenarnya trip aku ni bertumpu di Tehran sahaja. Malas nak pergi jauh-jauh dulu. Sebab aku tak suka terkejar-kejar dari satu tempat ke satu tempat. Maybe next trip aku akan masukkan Esfahan, Shiraz dan lain-lain. Insyallah.

Hotel
Menempah hotel di Iran agak susah sedikit disebabkan oleh sekatan antarabangsa. So, hotel-hotel di sini tidak tersenarai di dalam kebanyakan online booking website seperti Agoda, Booking.com dan lain-lain. Kalau nak, korang perlu menempah hotel direct di laman web hotel-hotel di sana atau menggunakan online booking website lain seperti Apochi.com dan Dizinhotel.com. Untuk trip Iran ni, aku book dua hotel seperti berikut:

Dizin: Gajereh Hotel
Pada mulanya aku nak book Dizin Hotel ni yang terletak di Dizin Ski Resort. Tetapi malangnya hotel ni dah fully booked. Dan bila aku baca dalam website Dizinhotel.com tu, derang suggest Gajereh Hotel ni. Hotel ni still terletak di Dizin dan hanya 3 km dari ski resort tu. Dan katanya hotel ni less crowded dan servisnya lagi okay. So, aku pun email derang bertanyakan samada di Gajereh ni masih ada bilik atau tidak. Alhamdulillah kat sini masih ada lagi. So, aku pun booklah 2 bilik untuk kami bertiga. Both double room yang berharga USD65 (+RM290) semalam per room. Bayaran untuk bilik dibuat semasa checkin nanti.

Entrance Gajereh Hotel, Dizin.
Persekitaran Gajereh Hotel, Dizin. Ada few blocks kat sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, korang boleh pergi ke laman web ni:
http://hostelsiniran.com/dizin/hostels-and-hotels/gajereh-hotel-in-dizin

Nota: Laman web Hostelsiniran ni agak serabut sikit dari segi navigationnya. Kena bersabar sedikitlah.

Tehran: Pasargad Hotel
Untuk di Tehran pula, ikutkan aku nak book Firouzeh Hotel yang terletak berhampiran Golestan Palace tu, tapi hat ni pun dah fully booked. So, aku book hotel Pasargad ni melalui Apochi.com. Harga double room adalah €72.00 (+RM341) semalam ditambah dengan €3.00 untuk booking fee. Tu kira aku ambil hotel antara yang paling murah lah tu. Kalau single room berharga €50 semalam. Anyway, bayaran boleh dibuat melalui creditcard. So, takdelah susah mana.

Facade Pasargad Hotel di Jamalzadeh St, Tehran.
Bilik yang lebih kemas berbanding hotel sebelum ni.

And this Pasargad Hotel (PH) ni actually kedudukannya lagi bagus daripada Firouzeh Hotel (FH) tu sebab ia terletak berhampiran dengan Tehran University dan persekitarannya meriah dengan student, cafe dan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan walaupun mostly kat sini banyak kedai-kedai buku. Aku ada lalu FH tu.. kedudukannya terletak kat area kedai-kedai menjual aksesori kereta which is macam serabut je area tu aku tengok. Tapi Wallahu’alam sebab aku just judge dengan sekali imbas masa lalu jalan Amir Kabir St. tu.

Khidmat Pemandu
Aku lebih suka menggunakan khidmat pemandu untuk trip di Iran ni. Lebih mudah dan tak pening kepala. Dan korang kena juga ambil sebab kalau nak drive sendiri… entahlah bagi aku macam mustahil sebab driving skill orang sini memang gila-gila. Tak sama macam kat Malaysia. Lampu isyarat pun macam takde fungsi. Selagi ada ruang kecil, selagi tu dia masuk. Jalan 2 lane boleh jadi 3 lane. So, kalau nak aku bawak kat Tehran ni, memang taklah weh. Kirim salam je lah. So, better hire local driver untuk bawa kau pusing-pusing bandaraya Tehran ni.

Khidmat mereka aku gunakan bermula dari airport pickup direct ke Dizin, Dizin ke Tehran dan 2 days city tour. Aku booked service mereka di Iran Tourists Transportation Service (ITTS). Senang berkomunikasi dengan derang melalui email. Sangat efisien. Dari segi bayaran, korang boleh memilih untuk bayar terus (which is bagi aku agak leceh) atau bayar direct pada driver nanti. So, aku pilih bayar direct pada driver.

One thing good about ITTS ni, derang ada menyediakan khidmat 24 jam dari airport direct ke Dizin walaupun dah lewat malam. Sebab kalau nak tido kat airport atau checkin hotel kat airport tu mahal. So, baiklah aku terus pergi ke Dizin. Tak membazir masa. At least, bangun pagi esoknya kami dah berada di kawasan pergunungan tu. Harga sebuah taxi ialah USD70.00 (+RM312.00). Tapi.. langit tak semestinya cerah, Ada juga kekurangan dalam servisnya kat sini. Nanti aku ceritakan.

Budget
Secara kasarnya, budget aku untuk ke Tehran selama 9 hari 8 malam ni adalah seperti berikut:

1. Return Flight
• KUL-IKA: Date: 12/02/2017: 7.45 pm – 10.40 pm (+8 hours direct flight)
• IKA-KUL: Date: 20/02/2017: 12.05 am – 12.45 pm (+8 hours direct flight)
• Baggage 25kg (return)
• Insurance

RM 1260.32

2. Accomodations (for 2 pax)
a. Gajereh Hotel, Dizin x 4 nights = USD260.00 (+RM 1160.25)
b. Pasargad Hotel, Tehran x 3 nights = €219.00 (+RM 1062.80)
Total: RM 2223.05 / 2 pax

RM 1111.52

3. Transportation (for 3 pax)
• Aiport pickup to Gajereh Hotel = USD70.00 per taxi
• Gajereh Hotel to Pasargad Hotel = USD 70.00 per taxi
• City Tour Day 1 = USD 100.00 per taxi
• City Tour Day 2 = USD 100.00 per taxi
• Pasargad Hotel to Airport = USD 70.00 per taxi
Total: USD 410.00 (+ RM 1829.62) / 3 pax

RM 609.87

4. Meal
• Estimated RM100.00 per day x 7 days
Note: breakfast included di kedua-dua hotel

RM 700.00

Dizin Ski Resort: 
• Entrance fee & cable-car ticket (880,000 rial) – USD27.00
Note: kalau masuk without ski equipment, just nak naik cablecar only = 340,000 rial (USD10.50)
Operating time: 8.00 am – 4.00 pm. Free shuttle bus from hotel: 9.00 am (from hotel) & 5.00 pm (from DSR)

RM 120.48
• Ski equipment rental – USD50.00
Note: aku tak skiing.. so aku save sejumlah US50.00 ni. =)
RM 223.12

City Tour Day 1:
• Entrance fee: National Museum (300,000 rial) – USD9.26
Note: just masuk pre-history only, tak termasuk Islamic history

RM 41.30

• Entrance fee: Golestan Palace (380,000 rial) – USD11.70
Note: Just masuk 2 halls only. Lagi byk hall korang nak pegi.. lagi tinggi harga feenya.

RM 52.20

City Tour Day 2: 
• Entrance fee: Milad Tower  (120,000 rial) – USD3.70
Note: Just naik ke open observation deck only

RM 16.50

Other expenses
• Shopping, souvenirs, etc.

RM 3,000.00

TOTAL ESTIMATED COST per person: RM 7,135.31
Note: masa aku tukar ni, exchange rate USD to MYR adalah 4.4625 as per February 2017

Tapi, tak habis semua pun duit yang aku bawa tu. Masih ada berbaki USD440.00 (sekitar RM1.936.00) disebabkan tak mampu nak menambah barang lagi sebab luggage dah sarat dengan barang shopping, plus hotel Dizin charge kami 3 malam sahaja (instead of 4 nights) walaupun kami checkin awal pagi sekitar 7.30 am on the 13th February tu.

Jadi, begitulah serba sedikit budget aku secara kasar untuk trip ke Tehran ni. Sekarang, mari aku ceritakan pengalaman aku bercuti kat sana. Aku bahagikan mengikut hari.. so takdelah berjela korang nak baca.

Semoga perkongsian aku ni bermanfaat bagi yang ingin melancong ke Iran nanti. Selamat membaca!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer